Followers

Friday, 25 April 2014

PENGENALAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat sejahtera..

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah yang Maha Berkuasa, kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk lihat dunia yang penuh fana ini, yang penuh pancaroba.Peluang yang Allah beri pada kita ni hendaklah kita gunakan dengan sebaik2nya dengan taubat, zikir,baca Al-Quran, beribadat kepada Allah dan apa sahaja amalan yang kita buat untuk sukakan Allah dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W .

Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah,macamna terdetiknya dalam fikiran saya nak buat blog.Bagi saya ia adalah satu medium yang boleh dikatakan sesuai juga untuk berdakwah, menyampaikan perkara2 yang baik, berkongsi ilmu dan lain-lain.Walaupun bukan semua orang baca atau bukak blog saya, tetapi saya yakin ade jugak orang yang akan baca.Saya ni bukan pandai sangat,baru belajar.

Nama yang saya gunakan sebagai ``Penggali Kubur``.Satu tugasan yang berat kalau kita tengok kat luar sana orang yang bekerja sebagai penggali kubur.Kubur adalah persinggahan kita selepas alam dunia.keadaan kubur kita bergantung dengan amalan kita semasa didunia.Baru2 ini saya ada terbaca dlm muka buku jenazah wanita kuburnya bercahaya,wajah jenazah tersebut bercahaya dan dalam keadaan tenang.ALLAHU...saya ada terbaca berkenaan 5 kegelapan,apakah dia 5 kegelapan itu??saya akan kongsikan kemudian.

Seterusnya nama blog saya fikirakhirat.blogspot.com....sebagai manusia makhluk Allah yang sempurna ciptaanya,Allah telah kurniakan manusia akal yang tujuannya adalah untuk berfikir.Fikir yang utama adalah fikir akhirat iaitu tempat yang semua manusia akan tuju selepas alam dunia dan alam kubur.Kehidupan akhirat dua sahaja iaitu SYURGA atau NERAKA.Jadi apakah persiapan kita untuk kehidupan akhirat?dan persiapanya adalah di dunia.saya teringat kata2 ini `RUGI DI DUNIA BOLEH DI COVER BALIK, TETAPI RUGI DI AKHIRAT TAK BOLEH PATAH BALIK``.

Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk beramal soleh


Terima kasih. والسلام

No comments:

Post a Comment