Hari ini seorang rakan sekerja akan menamatkan zaman bujangnya..seronok sangat dia cuti kerja pon lama,terkapai-kapai saya sorang buat kerja kat sini..hehehehe..itu tidak menjadi masalah bagi saya.Semoga perkahwinan rakan saya dengan jejaka pilihanya mendapat rahmat dan berkat dari Allah serta berkekalan hingga ke syurga.
Cerita tentang perkahwinan.Apakah pilihan kita sama ada pengantin atau keluarga pengantin berkahwin dengan mengikut SYARIAT atau mengikut ADAT??tepuk dada tanya IMAN.Saya ingin kongsikan beberapa perkara berkenaan dengan Perkahwinan.
1) Pengertian Perkahwinan
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa` ayat 3, ertinya
``Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil(bila menikah) anak-anak yatim,maka nikahi wanita-wanita(lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil,maka seorang sajalah,atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangya.``
Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.
hadith Rasulullah S.A.W juga ada menerangkan mengenai perkahwinan,seperti mana berikut :
``Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas`ud katanya, Rasulullah S.A.W bersabda kepada kamu : Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan.Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.``
Dari hadith tersebut dapat dijelaskan bahawa, Rasulullah S.A.W memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin,kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Rasulullah S.A.W .Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka Syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakkan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari huku-hukum Allah termasuk hukum nikah, cerai dan rujuk.
Bersambung...