Followers

Thursday, 24 April 2014

JUMAAT YANG PENUH BAROKAH


Jumaat 25 April 2014 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1435H




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...pertama sekali marilah sama-sama kita ucap syukur pada Allah s.w.t yang Maha Kuasa,kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk menghirup udara yang Allah cipta untuk makhluknya..Dan yang paling penting sekali ialah peluang yang Allah beri pada kita untuk tujuan kehidupan akhirat iaitu mengamalkan segala perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w 

Firman Allah dalam Al-Quran

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (adz-Dzariyat: 56)

Semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk beribadat kepada Allah.

Hari ini Jumaat penghulu segala hari.banyak hari ni rakan2 kongsi dalam muka buka berkenaan dengan amalan2 hari Jumaat.antaranya :

1. Membaca surah Al-khafi 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir.
2. Mandi, membersihkan diri, bersugi dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang baik.
3. Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan yang lain.
4. Menuju ke masjid dengan berjalan kaki.
5. Mendirikan solat sunat mutlak.
6. Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.
7. Tidak mengangkat tangan berdoa diantara dua khutbah.
8. Mendirikan solat sunat ba`diyah Jumaat.
9. Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari jumaat.

Rasulullah S.A.W bersabda, ``Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku(setelah Al-Quran) dan sunnah Khulafa` rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku.Berpeganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan(dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid`ah, dan setiap bid`ah itu sesat``. (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

Semoga memberi manfaat kepada kita.
Wallahu`alam


No comments:

Post a Comment