Followers

Wednesday, 30 April 2014

Saturday, 26 April 2014

KISAH BATANG TAMAR

Dan tidak ada yang menghalangi kami akan mengutuskan dengan tanda-tanda (mukjizat) melainkan telah didustakan oleh orang-orang terdahulu... (al-Israk: 59)

~KISAH BATANG TAMAR MENANGIS KERANA NABI MUHAMMAD SAW~

Pada zaman Nabi SAW dulu , di dalam Masjid Nabawi. Baginda Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah Jumaat dgn hanya berdiri dgn sebatang pohon tamar.

Setelah sekian lama , batang pohon tersebut makin usang , lalu para sahabat membuatkan sebuah tempat (mimbar) baru yg mempunyai lebih kurang 3,4 buah anak tangga.

Nabi pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut , malah Nabi merasa selesa dgn mimbar yg baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar sebatang yg sering Baginda gunakan sebelum ni.

Batang tamar yg dulunya digunakan oleh Nabi diletakkan di suatu tmpt dlm masjid itu.

Selepas Nabi menggunakan mimbar baru itu , kedengaran suara tangisan yg kuat sehinggakan semua jemaah dpt mendengar raungan itu.

Rupa-rupanya , suara itu dtgnya drpd batang pohon tamar yg usang , yg dulunya Nabi sering kali menggunakan nya.

Lalu Nabi menghampiri batang tamar itu dan bertanya kpd batang tamar itu mengapa ia menangis dan batang tamar itu pun menjawab :

“Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”

Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar itu lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.”

MasyaAllah.. Hebat nya Baginda sampai batang tamar pun menangis rindukan Baginda.
Allah...Allah...Allah... Kalau batang tamar pun rindukan Baginda, kita apatah lagi yg memang sangat sangat sangat rindukan Baginda Nabi Muhammad SAW...... Allahurobbi.

Marilah kita perbanyakkn selawat kpd Baginda di hari yg penuh barakah ini.
Perbanyakkan doa,moga satu hari nnt kita akan berjumpa dgn Baginda Nabi.

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم 

|SubhanAllah•Alhamdulilah•Allahuakbar|

Friday, 25 April 2014

Kisah Teladan 1

10:00 mlm

Kelebihan Menuntut Ilmu

Keluasan ilmu agama dan perhatian yang mendalam terhadap Sunnah Rasulullah S.A.W,dengan izin Allah,telah membuka rahsia alam Malakut kepada Abdul Qadir al-Jailani.Beliau telah sampai ke martabat di mana perbezaan di antara hak dengan batil,ilham ilahi dengan bisikan syaitan,telah menjadi perkara yang sebati dengan jiwanya.

Beliau telah memperolehi ilmu yaqin bahawa syariat Nabi yang terakhir adalah sempurna dan tidak boleh diubah,dan bahawa apa jua dakwaan yang berlawanan dengab hakikat tersebut adalah bisikan syaitan semata-mata.

Abdul Qadir sendiri menyebut suatu peristiwa yang berlaku pada dirinya.Beliau berkata: Pada suatu ketika,saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit.Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata : Wahai Abdul Qadir,akulah Allab,tuhanmu.Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.Saya menjawab: Berambuslah wahai syaitan.Sebauk sahaja saya mengucapkan kata tersebut,cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap.

Kemudiab saya terdengar seorang berkata: Wahai Abdul Qadir,aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli sufi dengan cara ini,tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu.Mendengar kata itu,saya pun membalas: Tidak.Itu cuma rahmat Allah S.W.T .Sesudah Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut,salah seorang pendengar bertanya: Bagaimana kamu mengetahui yang itu adalah syaitan? Ketika dia berkata bahawa dia menghalalkan bagi saya perkara yang haram.Jawab Abdul Qadir.Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah,maka sudah tentu itu adalah amalan dari syaitan.Dalam hal demikian,hendaklah seseorang kembali kepada ajarab syariat,mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh.Apa jua yang tidak dibenarkan oleh syariat sudah tentu menyesatkan.

-AL-LU'LU' LIL MUKMININ-

PERMATA BUAT ORANG BERIMAN

9:30 mlm 25 April 2014

Antara buku yang sangat hebat dihasilkan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.Di dalamnya terkandung hadith2 pilihan kemudian digarat syarahannya selari dengan suasana masa kini untuk masyarakat agar benar2 menepati syariat Allah.

HARI BAHAGIA

Hari ini seorang rakan sekerja akan menamatkan zaman bujangnya..seronok sangat dia cuti kerja pon lama,terkapai-kapai saya sorang buat kerja kat sini..hehehehe..itu tidak menjadi masalah bagi saya.Semoga perkahwinan rakan saya dengan jejaka pilihanya mendapat rahmat dan berkat dari Allah serta berkekalan hingga ke syurga.

Cerita tentang perkahwinan.Apakah pilihan kita sama ada pengantin atau keluarga pengantin berkahwin dengan mengikut SYARIAT atau mengikut ADAT??tepuk dada tanya IMAN.Saya ingin kongsikan beberapa perkara berkenaan dengan Perkahwinan.

1) Pengertian Perkahwinan
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa` ayat 3, ertinya

``Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil(bila menikah) anak-anak yatim,maka nikahi wanita-wanita(lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil,maka seorang sajalah,atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangya.``

 Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

hadith Rasulullah S.A.W juga ada menerangkan mengenai perkahwinan,seperti mana berikut :

``Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas`ud katanya, Rasulullah S.A.W bersabda kepada kamu : Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan.Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.``

Dari hadith tersebut dapat dijelaskan bahawa, Rasulullah S.A.W memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin,kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Rasulullah S.A.W .Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka Syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakkan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari huku-hukum Allah termasuk hukum nikah, cerai dan rujuk.

Bersambung...

PENGENALAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat sejahtera..

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah yang Maha Berkuasa, kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk lihat dunia yang penuh fana ini, yang penuh pancaroba.Peluang yang Allah beri pada kita ni hendaklah kita gunakan dengan sebaik2nya dengan taubat, zikir,baca Al-Quran, beribadat kepada Allah dan apa sahaja amalan yang kita buat untuk sukakan Allah dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W .

Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah,macamna terdetiknya dalam fikiran saya nak buat blog.Bagi saya ia adalah satu medium yang boleh dikatakan sesuai juga untuk berdakwah, menyampaikan perkara2 yang baik, berkongsi ilmu dan lain-lain.Walaupun bukan semua orang baca atau bukak blog saya, tetapi saya yakin ade jugak orang yang akan baca.Saya ni bukan pandai sangat,baru belajar.

Nama yang saya gunakan sebagai ``Penggali Kubur``.Satu tugasan yang berat kalau kita tengok kat luar sana orang yang bekerja sebagai penggali kubur.Kubur adalah persinggahan kita selepas alam dunia.keadaan kubur kita bergantung dengan amalan kita semasa didunia.Baru2 ini saya ada terbaca dlm muka buku jenazah wanita kuburnya bercahaya,wajah jenazah tersebut bercahaya dan dalam keadaan tenang.ALLAHU...saya ada terbaca berkenaan 5 kegelapan,apakah dia 5 kegelapan itu??saya akan kongsikan kemudian.

Seterusnya nama blog saya fikirakhirat.blogspot.com....sebagai manusia makhluk Allah yang sempurna ciptaanya,Allah telah kurniakan manusia akal yang tujuannya adalah untuk berfikir.Fikir yang utama adalah fikir akhirat iaitu tempat yang semua manusia akan tuju selepas alam dunia dan alam kubur.Kehidupan akhirat dua sahaja iaitu SYURGA atau NERAKA.Jadi apakah persiapan kita untuk kehidupan akhirat?dan persiapanya adalah di dunia.saya teringat kata2 ini `RUGI DI DUNIA BOLEH DI COVER BALIK, TETAPI RUGI DI AKHIRAT TAK BOLEH PATAH BALIK``.

Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk beramal soleh


Terima kasih. والسلام

CATATAN CINTA AHMAD AMAR

Inilah buku yang saya nantikan,Alhamdulillah sekian lamanya saya dapat juga buku ini pemberian Tuan Haji Ahmad Azam (Ayahanda Almarhum Ahmad Amar).Pemberian buku ini diberi semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pelajar Timur Tengah.Tetapi saya belum berkesempatan untuk membaca buku ini kerana terlalu sebuk dengan kerja2 yang diberi oleh bos,jadinya buku ini tersusun dirak buku.Insya Allah saya akan cuba jugak utk membaca buku ini.Seorang insan yang hebat telah dijemput Allah ketika berada di Turki.Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikanlangan orang-orang yang beriman..AL-Fatihah

Thursday, 24 April 2014

VIDEO


Jom kita dengar lagu dari Maher Zain

JUMAAT YANG PENUH BAROKAH


Jumaat 25 April 2014 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1435H




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...pertama sekali marilah sama-sama kita ucap syukur pada Allah s.w.t yang Maha Kuasa,kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk menghirup udara yang Allah cipta untuk makhluknya..Dan yang paling penting sekali ialah peluang yang Allah beri pada kita untuk tujuan kehidupan akhirat iaitu mengamalkan segala perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w 

Firman Allah dalam Al-Quran

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (adz-Dzariyat: 56)

Semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk beribadat kepada Allah.

Hari ini Jumaat penghulu segala hari.banyak hari ni rakan2 kongsi dalam muka buka berkenaan dengan amalan2 hari Jumaat.antaranya :

1. Membaca surah Al-khafi 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir.
2. Mandi, membersihkan diri, bersugi dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang baik.
3. Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan yang lain.
4. Menuju ke masjid dengan berjalan kaki.
5. Mendirikan solat sunat mutlak.
6. Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.
7. Tidak mengangkat tangan berdoa diantara dua khutbah.
8. Mendirikan solat sunat ba`diyah Jumaat.
9. Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari jumaat.

Rasulullah S.A.W bersabda, ``Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku(setelah Al-Quran) dan sunnah Khulafa` rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku.Berpeganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan(dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid`ah, dan setiap bid`ah itu sesat``. (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

Semoga memberi manfaat kepada kita.
Wallahu`alam