Followers

Friday, 25 April 2014

Kisah Teladan 1

10:00 mlm

Kelebihan Menuntut Ilmu

Keluasan ilmu agama dan perhatian yang mendalam terhadap Sunnah Rasulullah S.A.W,dengan izin Allah,telah membuka rahsia alam Malakut kepada Abdul Qadir al-Jailani.Beliau telah sampai ke martabat di mana perbezaan di antara hak dengan batil,ilham ilahi dengan bisikan syaitan,telah menjadi perkara yang sebati dengan jiwanya.

Beliau telah memperolehi ilmu yaqin bahawa syariat Nabi yang terakhir adalah sempurna dan tidak boleh diubah,dan bahawa apa jua dakwaan yang berlawanan dengab hakikat tersebut adalah bisikan syaitan semata-mata.

Abdul Qadir sendiri menyebut suatu peristiwa yang berlaku pada dirinya.Beliau berkata: Pada suatu ketika,saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit.Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata : Wahai Abdul Qadir,akulah Allab,tuhanmu.Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.Saya menjawab: Berambuslah wahai syaitan.Sebauk sahaja saya mengucapkan kata tersebut,cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap.

Kemudiab saya terdengar seorang berkata: Wahai Abdul Qadir,aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli sufi dengan cara ini,tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu.Mendengar kata itu,saya pun membalas: Tidak.Itu cuma rahmat Allah S.W.T .Sesudah Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut,salah seorang pendengar bertanya: Bagaimana kamu mengetahui yang itu adalah syaitan? Ketika dia berkata bahawa dia menghalalkan bagi saya perkara yang haram.Jawab Abdul Qadir.Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah,maka sudah tentu itu adalah amalan dari syaitan.Dalam hal demikian,hendaklah seseorang kembali kepada ajarab syariat,mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh.Apa jua yang tidak dibenarkan oleh syariat sudah tentu menyesatkan.

-AL-LU'LU' LIL MUKMININ-

No comments:

Post a Comment